berita

‘Naluri Seorang Anak Itu Kuat’ – Bapa Hilang Akhirnya Ditemui 3 Beradik Ini Dalam Keadaan Lemah

March 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa yang tak risau jika ayah yang disayangi hilang. Pasti seluruh keluarga ikhtiar dan berusaha untuk mencari di mana dia berada. Ini yang berlaku pada satu keluarga di Kampung Gubah Nyalas, Jasin, Melaka apabila ayah mereka yang berusia 67 tahun menghidap penyakit nyanyuk hilang tidak pulang ke rumah.

Menurut Facebook Yatie Hayati, info terakhir diterima berkenaan ayahnya ialah sewaktu bercakap di telefon, ayahnya memberitahu dia penat dan lapar serta berada di sungai tetapi tidak tahu sungai mana. Pihak polis hanya menjumpai beg kepunyaan ayahnya di tepi sungai.

Alhamdulillah ayah telah jumpa

Kami ikut suara tu nampak ada anjing putih

Menurutnya, dia bersama adik beradik yang lain masuk hutan pada pukul 6 pagi demi mencari ayah kerana naluri mereka kuat mengatakan bahawa ayahnya berada dalam hutan tersebut. Semasa di dalam hutan mereka membaca doa yang sepatutnya sambil menjerit nama ayahnya sehingga terdengar suara ayahnya menyahut. Mereka terus mengikut jejak suara itu untuk mencari ayahnya sehingga terjumpa di belakang pokok dalam keadaan yang lemah.

Terima kasih pada semua yang terlibat

Dia sekeluarga sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung membantu mencari ayahnya itu.

Sumber: Yatie Hayati

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×