Nama model dan pempengaruh media sosial iaitu Nadira Isaac menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dikaitkan dengan pelawak, Harith Iskander.
Artikel Berkaitan: Dr Jezamine Jawab Dakwaan Harith Iskander Curang Punca Berpisah – ‘Yang Penting Kami Memaafkan Satu Sama Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Bercerai Jalan Terakhir – ‘Perkahwinan Mana Yang Tiada Masalah?’
‘Saya tak ada kaitan lah’
Menjengah ke ruangan komen di video yang dimuat naik OhBulan! di TikTok, rata-rata wargamaya memetik nama Nadira Isaac dan mendakwa pempengaruh jelita itu menjadi punca keretakan rumah tangga Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine.
Mereka mendakwa Harith telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan Nadira Isaac. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Nadira tampil membela diri.
Menerusi ruangan komen, Nadira menafikan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya. Dakwa Nadira lagi, dia langsung tidak ada kaitan dengan perceraian pasangan itu.
Saya tak ada kaitan lah. funny lah kenapa saya naik ni.
Komen
Sumber: TikTok OhBulan, Instagram Nadira Isaac