Penampilan pelakon Intan Ladyana di TikTok suaminya, Harris Aliff mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sedang hamil anak kedua. Betul ke?
Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Selamat Bersalin, Harris Alif Luah Rasa Syukur
Nampak ‘baby bump’
Menerusi video yang dimuat naik, Intan dilihat seakan hamil ketika berada di sebuah restoran. Meskipun mengenakan pakaian longgar, peminat mendakwa pelakon filem ‘Adnan Sempit’ ini kelihatan sedikit buncit seolah-olah menggambarkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Bagaimanapun, aktres berumur 41 tahun itu dipercayai masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung teka teki yang diperkatakan oleh netizen itu.
Video
@harrisaliff MashaAllah Cantiknya?? #intanladyana #harrisalif #fypage #foryourpage #foryou #fyp #fypp #foryou #foryourpage
Sumber: Harris Aliff