Penampilan pelakon Nynaa Harizal di media sosial sejak belakangan ini, mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sedang hamil anak kedua. Betul ke?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Koleksi Kereta Mewah Suami Nynaa Harizal Bikin Netizen ‘Ternganga’ Tengok
Nampak ‘baby bump’
Semuanya gara-gara apabila terdapat segelintir peminat mendakwa ternampak bentuk perutnya seperti sedang hamil (baby bump) menerusi beberapa keping foto dan Instagram Story yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dan suami.
Walaupun mengenakan pakaian longgar, peminat mendakwa Nynaa kelihatan sedikit buncit seolah-olah menggambarkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Bagaimanapun, aktres berumur 27 tahun itu dipercayai masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung teka teki yang diperkatakan oleh netizen itu.
Sekadar info, Nynaa berkahwin dengan Ketua Pengarah Kewangan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021 dan hasi perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak pada 29 Januari lalu.
Sumber: Nynaa Harizal