Selepas berehat selama dua tahun dan melahirkan anak sulung pada 2 Februari lalu, pelakon Nyna Harizal akui rindu untuk kembali aktif berlakon.
Artikel Berkaitan: Nynaa Harizal Selamat Bersalin Anak Sulung
Pujuk suami
Menurut Nynaa, dia mempunyai perancangan untuk berlakon semula kerana kerjaya itu sudah sebati dengan jiwa.
Meskipun suaminya, Fahmi Ilyas meminta dirinya untuk memberi tumpuan kepada keluarga, kata aktres berumur 27 tahun itu, dia akan berusaha memujuk untuk mendapatkan ‘green light.’
Buat masa sekarang memang rehat dahulu. Saya pun baru sahaja bersalin anak pertama. Jadi tak tahulah berapa lama akan berehat daripada dunia lakonan.
Insya-Allah saya akan kembali berlakon. Memang rindu untuk ke lokasi penggambaran selepas hampir dua tahun. Dunia lakonan sudah menjadi jiwa saya.
Suami pun tak susah nak pujuk. Nanti saya akan pujuk dia untuk kembali berlakon.
Ditanya perubahan selepas bergelar ibu, pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal berkata, dia mesti akan pulang ke rumah secepat mungkin selepas usai tuntutan kerja.
Setiap hari ada sahaja kegembiraan baru apabila melihat anak membesar. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Sekarang ini, walau sibuk bekerja saya mahu segera pulang ke rumah untuk bersama anak.
Sama juga seperti ibu lain, memang akan ada penat. Tetapi kalau kita enjoy dengan apa yang dilakukan, segala perasaan letih itu akan hilang.
Nyna berkata demikian ketika majlis produk jenama keluarannya, Her Beauty yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Produk lokal setanding antarabangsa
Bercerita mengenai produk Fire & Ice Lip Booster Serum, Nynaa selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ berkata dia terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.
Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik.
Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ untuk jenama ‘Her Beauty’, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan.
Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.
Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak, produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.
Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar.