berita

Nampak Macam ‘Baby Bump’, Ini Respon Elizabeth Tan Apabila Didakwa Hamil

April 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, penyanyi cantik Elizabeth Tan telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Siew Jim.

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Artikel Berkaitan: ‘Ya, Saya Sudah Berkahwin’ – Elizabeth Tan

Terbaru, menerusi perkongsian sekeping foto di laman Instagramnya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen yang mengesyaki dia sedang mengandung setelah dua minggu mendirikan rumah tangga.

Baby bumps?

Foto: Elizabeth Tan

Menerusi foto yang dimuat naik berserta kapsyen pi mai pi mai Tan tu, memperlihatkan susuk badan Elizabeth yang dilihat semakin ‘berisi’. Apa yang lebih menarik perhatian, apabila netizen mendakwa dia sedang mengandung berikutan posenya yang memegang perut di samping kelihatan baby bump menerusi dress hitam putih yang dipakainya.

I think i saw something, expecting soon.

Lizzy mengandung?

Wow is there any good news to share?

Lizzy junior?

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang menunggu berita gembira itu, pada masa yang sama sempat berjenaka dengan penyanyi cantik ini.

‘Guys Im not pregnant’

Tangkap layar Instastory: Gempak

Bagaimanapun, menerusi Instastory yang dimuat naik olehnya, menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan dia belum hamil. Tidak berakhir di situ, dia juga terhibur dengan dakwaan netizen ini.

Terdahulu, Elizabeth mengejutkan banyak pihak apabila dia mendedahkan sudah berkahwin susulan beberapa keping foto yang tular di media sosial sebelum tampil memberikan respon.

Sumber: Elizabeth Tan & Gempak

SKIP THIS AD ×