berita

Nampak Macam Sama Tapi Betul Ke Banyak Perbezaan Antara Honda HR-V Hybrid & RS Ni?

July 8th, 2020 | by Nurul
Shout Out!

Bila nak beli kereta ni, macam-macam aspek yang kita perlu pertimbangkan. Yelah, nak beli kereta ni bukan murah kosnya, sebab tulah kena betul-betul buat pilihan yang tepat.

Perkara yang selalu orang titik beratkan adalah prestasi, keselesaan, reka bentuk dan keselamatan. Percaya tak kalau kami kata, model Honda HR-V Hybrid dan Honda HR-V RS ada semua ciri-ciri ni? Tak tahu nak pilih mana satu? Nah, kami kongsikan perbezaan kedua-dua model ni!

Nama sahaja SUV kompak, tetapi kabin luas dan selesa!

Sebelum kami ceritakan perbezaan dan keistimewaannya, kami nak bagitahu dulu persamaan antara kedua-dua model Honda HR-V ni. Buat korang yang merancang untuk membina keluarga tu, kedua-dua model Honda HR-V ni patut masuk dalam list kereta idaman korang kerana ruang dalaman kabinnya yang luas!

Disclaimer: Also available in New Dark Brown. New Dark Brown only available for HR-V RS variant, not HR-V Hybrid.

Bukan setakat ruang dalaman, ia juga dilengkapi dengan bahagian kargo yang lapang. Bila balik kampung tu, tak sah kalau tak bawak barang dan bag yang banyak.

Haa..dengan ruang kargo yang luas pada kedua-dua model Honda HR-V ni, takde masalah dah lah nak angkut segala barang yang banyak tu. Tak payah dah sampai nak letak bag di tempat duduk.

Disclaimer: Also available in New Dark Brown. New Dark Brown only available for HR-V RS variant, not HR-V Hybrid.

Kargo bagi model Honda HR-V ini juga direka untuk lebih praktikal dengan fungsi boleh laras serta mempelbagaikan mod konfigurasi seperti Utility Mode, Tall Mode dan Long Mode yang boleh disesuaikan mengikut keperluan.

Honda juga tidak mengabaikan ciri-ciri keselamatan dengan menaik taraf fungsi keselamatan bagi model Honda HR-V ini. Kedua-dua model Honda HR-V ini tampil dengan ciri Auto Brake Hold (ABH), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ISOFIX dan lain-lain.

Kadang-kadang bila bertubuh rendah, kita kena duduk terlalu dekat dengan stereng untuk memudahkan kaki sampai ke pedal minyak dan brek kan?

Jangan runsing, sebab Honda HR-V juga mempunyai fungsi *8 way driver power seat, di mana korang boleh adjust kedudukan kerusi mengikut keselesaan korang ketika memandu.  Jadi, lepas ni, korang bolehlah memandu dengan lebih selesa!

*Hanya  terdapat pada Honda HR-V RS dan varian V.

Enjin Sport Hybrid i-DCD – tingkat kecekapan bahan api!

Kalau korang nak tahu, kedua-dua model Honda HR-V ni mempunyai prestasi enjin yang mantap tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi enjin dan lain-lain.

Honda HR-V Hybrid menggunakan enjin 1.5 liter, tetapi apa yang membezakan antara HR-V Hybrid dan versi enjin petrol yang biasa adalah sistem Sport Hybrid i-DCD yang dipadan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan dan Integrated High Power Motor.

Menariknya, Sport Hybrid i-DCD ni dikatakan mampu meningkatkan kecekapan bahan api dengan membolehkan kenderaan memindahkan tenaga ke motor semasa dalam EV Mode sekaligus menghasilkan pemanduan yang lancar.

Masih mengekalkan reka bentuk signature kereta Honda yang dikenali sebagai Solid Wing Face, Honda HR-V Hybrid dilengkapi lampu depan halogen, lampu kabus jenis mentol, bar hitam di muka depan dan bampar belakang hitam.

Lunar Silver Metallic

Honda HR-V Hybrid juga terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic dan Modern Silver Metallic serta dilengkapi dengan rim Alloy Dual-Tone bersaiz 17 inci.

Rim Alloy Dual-Tone 17”

Hybrid kereta perlahan? Korang pasti ke?

Bila sebut je kereta Hybrid, ramai orang menganggap Hybrid tu sebagai kereta yang perlahan. Haa..korang salah sebenarnya kerana kereta jenis Hybrid adalah kereta yang berprestasi tinggi, walau bagaimanapun, sekiranya korang ingin menambah kelajuan, korang boleh gunakan butang Sport Mode yang dilengkapi pada Honda HR-V Hybrid ni.

Favourite admin, mestilah tombol gear yang ada pada Honda HR-V Hybrid ni. Cukup ringkas untuk dikendalikan bagi korang yang tak berapa mahir nak bawa kereta. Hanya tolak ke atas untuk gear undur, ke bawah untuk gear D dan untuk memarkir hanya tekan butang P. Kan mudah tu!

Model Honda HR-V Hybrid juga dilengkapi dengan varian Sport Hybrid, seperti paparan maklumat meter Cluster 3D Illuminated, Shift by Wire dan Sport Mode.

Honda HR-V RS tak kurang hebatnya!

Kalau tadi kami dah cerita panjang lebar tentang Honda HR-V Hybrid, Honda HR-V RS ni pun tak kurang hebatnya!

Dari segi prestasi enjin, Honda HR-V RS dilengkapi dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC dan transmisi CVT yang mampu menjadikan pemanduan dan pecutan lebih lancar.

Setaraf dengan prestasinya yang mantap, Honda HR-V RS juga direka bentuk mengikut signature kereta Honda iaitu Solid Wing Face dan datang dengan 3 warna pilihan iaitu Passion Red Pearl, White Orchid Pearl dan Modern Steel Metallic. 

Modern Steel Metallic

Berbeza dengan Honda HR-V Hybrid, Honda HR-V RS dilengkapi dengan rim Alloy Dual-Tone bersaiz 18 inci.

Rim Alloy Dual-Tone 18”

Oh ya, selain kabin dalaman yang luas untuk keselesaan korang sekeluarga, model Honda HR-V RS turut dibaluti leather bagi  tempat duduk, konsol tengah dan dashboard.

Disclaimer: Also available in New Dark Brown. New Dark Brown only available for HR-V RS variant, not HR-V Hybrid.

Lebih menarik, ia didatangkan dengan stereng pelbagai kawalan yang boleh menukar audio dan butang handsfree untuk menjawab panggilan telefon.

Disclaimer: Also available in New Dark Brown. New Dark Brown only available for HR-V RS variant, not HR-V Hybrid.

Kalau korang nak tahu lebih lagi tentang Honda HR-V RS ni, korang boleh baca dalam artikel yang telah kami tulis sebelum ini, di sini.

Warna baru yang classy untuk kemasan dalaman!

Untuk pengetahuan korang, Honda baru sahaja melancarkan warna baru untuk kemasan dalamannya iaitu perang gelap bagi model Honda HR-V RS, ini termasuklah dashboard, kargo, paparan audio, gear dan lain-lain lagi. Kini model Honda HR-V RS tersedia dalam dua warna dalaman pilihan korang iaitu perang gelap dan hitam bergaya!

Korang tengok jelah gambar kat bawah ni. Fuh, stylo habis lah!

Disclaimer: Also available in Bold Black. New Dark Brown only available for HR-V RS variant, not HR-V Hybrid.

Jom miliki Honda HR-V Hybrid dan Honda HR-V RS hari ini!

Jadi, apa lagi tunggu, guys? Admin pun dah jatuh hati ni. Kalau dah berkenan di hati tu, cepat-cepatlah ke pengedar sah Honda dan test drive sekarang. Paling penting, korang jangan lepaskan peluang untuk nikmati 0% cukai jualan tau. Jimat sakan!

Tempah sekarang dan bawa pulang kereta Honda HR-V Hybrid atau Honda HR-V RS idaman korang untuk penjimatan minyak yang berganda, pemanduan lebih selesa dan prestasi yang membanggakan!

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran model Honda HR-V, layari laman web Honda.

SKIP THIS AD ×