berita

Nampak ‘Moody’ Ketika Ditemu Bual, Netizen Risau Tengok Syasya Dolla – ‘Dia Ngantuk Sangat Tu’

August 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Syasya Dolla 'Moody'

Anggota kumpulan Dolla, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 22, menjadi perhatian ramai ketika kumpulannya menjadi tetamu bagi program Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nenek Tegur Imej Seksi, Syasya Dolla – ‘Niatnya Baik, Tapi Saya Tak Mahu Berpura-Pura…’

Nampak ‘moody’

@kyoru1207 Replying to @sm0lril #dolla #dollaofficial #damelo #foryoupage #foryou #fyp ? original sound – ?????

Menerusi video dimuat naik @kyoru1207 di TikTok, difahamkan kumpulan Dolla dijemput ke WHI untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka yang berjudul Damelo.

Namun begitu, dapat dilihat riak muka yang ditunjukkan Syasya seakan ‘moody’ dan ‘tidak berminat’ ketika ditemu bual oleh pengacara tersebut.

Respon netizen

Syasya Dolla 'Moody'

Syasya Dolla 'Moody'

Syasya Dolla 'Moody'

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikai mimik muka yang ditunjukkan penyanyi berusia 22 tahun itu ketika ditemu bual secara langsung.

Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan Syasya dengan menyatakan bahawa penyanyi tersebut kepenatan dan tidak cukup rehat kerana sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Terdahulu, Syasya didakwa pernah menunjukkan reaksi muka yang tidak senang ketika ditemu bual oleh wartawan ketika bertanyakan mengenai kontroversinya minum minuman keras sebelum ini.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×