Bintang terkenal Korea Selatan, Im Jin-ah atau lebih dikenali sebagai Nana sama sekali tidak menghiraukan kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana mendedahkan tatu di seluruh tubuhnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 30K Retweet, Aksi Kwang Soo ‘Confident’ Cakap Inggeris Bikin Netizen Pecah Perut!
Artikel Berkaitan: Lepas Pengumuman Kahwin, Lee Kwang Soo & Song Joong Ki Dah Putus Kawan?
Tidak mati kerana kejian
Menerusi foto yang dikongsikan di laman Instagramnya (IG), penyanyi kumpulan After School ini mempamerkan pelbagai jenis lukisan tatu antaranya berbentuk bunga, ular dan labah-labah berserta sarang.
Meskipun sudah beberapa kali dikecam, Nana tetap tidak mengendahkan hal itu malah turut tampil dengan gaun tanpa lengan hingga menampakkan tatunya dalam sebuah acara hiburan.
Nana yang memegang prinsip ‘tidak mati kerana kejian’ kini semakin berani memperlihatkan sisi sebenarnya kepada umum. Bukan itu sahaja, pelakon dan penyanyi ini turut dilihat tampil dengan imej ‘slay’ dalam satu edisi majalah terkenal Korea yang mendedahkan hampir seluruh tubuhnya bertatu.
Terdahulu, pelakon The Swindlers ini dikecam gara-gara mencacah tatu pada badannya kerana dianggap kurang sopan bagi seorang wanita lebih-lebih lagi apabila bergelar pelakon terkenal.
Sumber: Im Jin-ah