berita

Lepas Pengumuman Kahwin, Lee Kwang Soo & Song Joong Ki Dah Putus Kawan?

February 14th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Keakraban persahabatan Lee Kwang Soo dan Song Joong Ki semestinya diketahui umum sejak daripada rancangan Running Man.

Walau bagaimanapun, pelbagai spekulasi yang dibuat antara mereka sejurus Song Joong Ki mengumumkan perkahwinan kali keduanya.

Artikel Berkaitan: Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

Artikel Berkaitan: Song Joong-ki Selamat Berkahwin Dengan Kekasih British, Umum Bakal Jadi Bapa!

Artikel Berkaitan: Pegang Watak Sebagai Pembelot Korea Utara, Satu Lagi Filem Netflix dari Song Joong Ki

Putus kawan?

Menerusi laporan Kbizoom, terdapat khabar angin yang mendakwa pelakon dan penghibur Lee Kwang Soo tidak lagi akrab seperti dahulu dengan aktor Song Joong Ki. Perkara ini disedari apabila pengumuman yang dibuat oleh Song Joong Ki tentang perkahwinan bersama Katy Louise.

Apa yang lebih jelas apabila kedua-dua aktor ini tidak lagi memberi sokongan pada filem lakonan masing-masing seperti dahulu.

Selain itu, dipercayai bahawa mereka tidak lagi berbual di media sosial dan tampil ke sesebuah acara bersama.

Walau bagaimanapun, spekulasi itu menjadi samar-samar apabila terdapat segelintir netizen yang berfikiran positif bahawa kedua-dua aktor itu sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

Dalam pada itu, mereka kelihatan bersama buat kali pertama pada sekitar April 2021 ketika menghadiri majlis perkahwinan yang dipercayai rakan mereka.

Sumber: Kbizoom

SKIP THIS AD ×