Pelakon, Nabila Huda memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang belajar mengaji secara ‘online’, semalam. Video tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen lebih-lebih lagi, apabila kucing peliharaan Nabila iaitu Tora dilihat memijak Al-Quran yang sedang dibaca olehnya.
Tora..Tora
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, Nabila sedang belajar mengaji dengan seorang ustazah yang tinggal berhampiran kawasan rumahnya. Pelakon filem ‘Munafik’ ini kelihatan sukar untuk meneruskan bacaannya apabila Tora mula berjalan di hadapannya. Bukan itu sahaja, Tora turut bermain dengan penunjuk yang dipegang oleh Nabila semasa membaca Al-Quran. Meskipun, mengalami kesukaran untuk mengaji, Nabila masih meneruskan bacaannya sehingga selesai.
Kak kena halang dia
Susulan daripada video tersebut, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Nabila. Menurut netizen, Nabila perlu menghalang Tora daripada terus memijak kitab suci tersebut. Netizen mendakwa Nabila boleh menggunakan sebelah tangannya lagi untuk mengangkat kucing tersebut.
Kesemua komen yang ditulis oleh netizen ternyata mendapat respon daripada Nabila. Menurut Nabila, dia akan minta maaf kepada Allah atas kesalahan yang dilakukan oleh dirinya dan Tora.
Sumber: Nabila Huda