berita

Nasib Masyarakat Orang Asli Terus Terbela, Inisiatif Kerajaan Negeri Perak Harus Dicontohi

August 22nd, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Baru-baru ini OHBULAN! ada menyiarkan sebuah artikel berkaitan Tanah Adat Orang Asli yang didakwa dirampas. Ada juga dakwaan bahawa hak Orang Asli di sana diketepikan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata tak benar dan dipercayai kenyataan Menteri Besar Perak sebelum ini disalah tafsir oleh beberapa pihak media yang lain.

Artikel berkaitan : Isu Tanah Adat, Benarkah Orang Asli Di Malaysia Sering Dipergunakan?

Program kampung angkat beri sinar baharu

Sebenarnya, Kerajaan Negeri Perak telah berusaha untuk membela nasib masyarakat Orang Asli ini sebaik mungkin. Antaranya mengadakan program kampung angkat Orang Asli. Idea ini datang sendiri daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato Azumu.

Melalui program ini, beliau berharap ia dapat membantu mendaya upayakan masyarakat Orang Asli dari segenap aspek termasuk ekonomi, pendidikan serta keboleh pasaran kerja bagi membantu menaik taraf kehidupan mereka pada masa akan datang.

Apa yang lebih mengagumkan, sehingga kini lebih kurang 10 penempatan Orang Asli di Perak telah diambil sebagai kampung angkat oleh GLC-GLC negeri dan salah satu daripadanya ialah Kampung Sungai Cincin di Chenderiang.

Kelas jahitan bantu wanita orang asli jana pendapatan

Melalui program kampung angkat, pelbagai aktiviti menarik untuk Orang Asli berjaya dilaksanakan antaranya kelas jahitan di Kampung Sungai Cincin yang diberi nama Team Ceknik. Perkataan ‘Ceknik’ membawa maksud menjahit dalam bahasa suku Temiar.

Menariknya, sebahagian besar wanita Orang Asli yang join kelas jahitan ini langsung tak ada kemahiran asas menjahit pun tau. Jadi, pihak Perbadanan Menteri Besar Perak (MB inc.) berusaha membawa masuk tenaga pengajar untuk melatih mereka. Malah, segala peralatan dan mesin jahitan yang canggih untuk kegunaan peserta turut disediakan.

Kelas jahitan ini juga dijalankan dengan cara yang santai dan menyeronokkan. Siap anak-anak Orang Asli tak dihalang untuk turut bersama ibu mereka ketika kelas tersebut berlangsung. Admin pun rasa macam nak join kelas tu sekali!

Team Ceknik bakal ada jenama pakaian sendiri!

Walaupun baru 4 bulan belajar, pihak Perbadanan Menteri Besar Perak memberi kepercayaan kepada wanita Orang Asli yang terbabit dalam kelas jahitan untuk menyiapkan sebanyak 500 pasang pakaian seragam sekolah rendah bagi diagihkan kepada pelajar di negeri Perak menjelang musim persekolahan tahun depan.

Kecekapan mereka belajar menjahit dan hasil jahitan mereka yang berkualiti membuatkan pihak Perbadanan Menteri Besar Perak lebih yakin untuk mengambil tempahan daripada pihak luar termasuk mana-mana syarikat yang mahu menyumbang pakaian seragam sekolah dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Apa yang lebih membanggakan, Perbadanan Menteri Besar Perak juga ada perancangan untuk meletakkan jenama pada setiap pakaian dihasilkan Team Ceknik ini tau.

Kami juga yakin, masyarakat Orang Asli ini akan terus dilatih dan diberi sokongan dengan matlamat utamanya adalah untuk membolehkan mereka mampu meraih pendapatan tambahan melalui ilmu yang diperolehi.

“Bantu perbaiki taraf hidup” – Tok Batin

Segala usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri Perak ini turut diakui dan dihargai oleh Panjang Aris Wok, 56 iaitu Tok Batin di Kampung Sungai Cincin. Beliau berharap aktiviti yang dilaksanakan ini diteruskan dan beliau percaya bahawa generasi muda Orang Asli boleh bergerak lebih jauh serta mampu memperbaiki taraf hidup mereka pada masa akan datang.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak demi membantu Orang Asli di sana untuk membaiki taraf kehidupan mereka.

Justeru, kami di OHBULAN! mengharapkan semua pihak menjadikan usaha hebat mereka ini sebagai contoh terbaik untuk kita sama-sama ikut!