Pelakon Nazrief Nazri membuat ‘comeback’ memegang watak utama selepas berjaya melakukan transformasi fizikal dengan mendapatkan berat badan ideal.

Turun berat badan 24 kilogram

Ketika ditemui OhBulan!, Nazrief berkata sebelum ini dia berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan membesarkan anak, namun fasa tersebut menyebabkan berat badannya naik sehingga mencecah 98 kilogram.

Tak dinafikan, keadaan fizikal tersebut menyukarkan dirinya untuk menerima tawaran watak utama daripada stesen televisyen hanya kerana penampilannya yang dianggap tidak lagi sesuai.

Masa saya berhenti sekejap tu, tergemuk pula. Saya pernah sampai 98kg paling berat.

Bila badan dah macam tu, TV stesen nak offer watak Hero pun berat. Sebab dah tak nampak look Hero, dah nampak bapak-bapak sangat.

Nazrief berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama Setiaku Berdiri pada Khamis.

Walau bagaimanapun, Nazrief menerima tawaran sebagai watak utama menerusi drama Setiaku Berdiri dengan bersyarat iaitu dia perlu mendapatkan berat badan yang ideal.

Nak dapat Hero tu susah lah. Jadi sebelum diorang offer karakter ni pun diorang dah cakap, ‘Naz, kita bagi you Hero tapi you kena turunkan berat badan.

Sepanjang 3 bulan tu setiap hari saya bawa bekal sendiri. Jadi sekarang ni berat saya 74kg. Daripada 85kg kepada 74kg. Cut sugar tu memang first thing lah.

Dalam pada itu, Nazrief bersikap terbuka mengenai realiti industri hiburan di Malaysia yang mementingkan rupa paras. 

Dia memang lah bunyinya macam kejam lah sikit kan, tapi kita kena terima hakikat yang manusia memang suka tengok benda cantik.

Memang sebagai pelakon itulah harga yang perlu dibayar. You nak famous, you nak banyak offer, memang you kena always presentable dalam kamera.

Kalau tak ada rupa, bakat pun boleh, cuma perjalanan dia tu akan sangat berliku lah. Tapi kalau dua-dua ada, rupa dan bakat, for me lagi senang pergi. So for me dia kena seiring.

Dalam perkembangan lain, Nazrief bakal muncul dalam drama terbaharu arahan Rashid Sibir berjudul Setiaku Berdiri. 

Selain Nazrief, drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wanna Ali, Sweet Qismina dan Aidit Noh.

Setiaku Berdiri bakal mula bersiaran pada 15 Disember ini.