
Pelakon Nazrief Nazri berkongsi transformasi dirinya yang mampu menurunkan lebih daripada 10kg dalam masa yang singkat.
Artikel Berkaitan: Isteri Nazrief Nazri Tak Guna ‘Shortcut’, Hilang 35Kg Dalam Tiga Tahun
Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Dikecam Netizen Tayang Gambar Seksi Isteri – ‘Jaga Aurat, Jangan Jamu Mata Lelaki Lain’
98kg ke 78kg
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Nazrief, 33, memaklumkan bahawa dia mengambil masa selama lima bulan untuk menurunkan 20kg daripada berat badan asalnya.
Menurutnya, dia hanya mengamalkan senaman, diet seimbang dan pengambil makanan tambahan.
Kerja keras membuahkan hasil.
Apa rahsia?




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perubahan yang diusahakan pelakon berusia 33 tahun dalam masa yang singkat. Selain itu, warganet turut meminta tips yang diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan.
Sumber: Instagram @nazrief_nazri








