Nazrief Nazri

Pelakon, Nazrief Nazri menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bibir isterinya, Aizatul Aqma tidak original.

Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Dikecam Netizen Tayang Gambar Seksi Isteri – ‘Jaga Aurat, Jangan Jamu Mata Lelaki Lain’

Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Terima Mesej Nakal Lelaki Gersang – ‘Nak Cium Sesuatu Boleh?’

Bibir ori

Nazrief Nazri

Nazrief, 33, memberitahu bentuk bibir yang dimiliki isteri mengikut acuan bapa kandungnya yang semula jadi cantik.

Bibir dia (Aizatul) original, dari kecil dah begitu. Tengok bibir ayah dia pun dah tahu.

Terima kasih betulkan mak cik yang terpaling tahu. Ingat manusia ini tiada yang lahir-lahir cantik ke?

Nazrief menjelaskan perkara itu selepas membalas perkongsian seorang pengguna media sosial di platform Threads mendakwa bibir Aizatul palsu.

Ada baca satu komen kata ‘cantik tak ori, boleh kenal mulut itu sebab nampak tebal’.

Aku balas asal tebal je buat bibir. Mentaliti kampung simpan sikit kak. Kena minta maaf sebab fitnah.

Terdahulu, Aizatul yang juga seorang model dikecam selepas Nazrief memuat naik foto dia berpakaian seksi ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Tidak hanya Aizatul, aktor itu juga dikecam netizen kerana didakwa tidak menasihati isterinya tentang adab berpakaian sebagai seorang Islam.

Sekadar info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan model, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019.

Sumber: Threads