berita

Nazrief Nazri Terima Mesej Nakal Lelaki Gersang – ‘Nak Cium Sesuatu Boleh?’

March 25th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Nazrief Nazri

Selain bergelar seorang pelakon, aktor Nazrief Nazri juga kini bekerja sebagai ejen takaful dan penasihat wasiat.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Tangguh Berkhatan, Anak Nazrief Nazri Positif Covid-19 – ‘Saya Faham Nurse Geram Dengan Noah Tapi …’

Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Sah Suami Model Hijab Aizatul Aqma

Lelaki gersang

Nazrief Nazri

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nazrief berkongsi tangkapan skrin layar memaparkan perbualannya dengan seorang individu lelaki yang ingin bertanyakan mengenai kad perubatan atau ‘medical card’.

Pun begitu, lain pula ceritanya apabila individu terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.

Saya nak cium sesuatu benda boleh? Tapi jangan marah.

Tidak berdiam diri, Nazrief atau nama lengkapnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 32, bertindak ‘sekolahkan’ individu berkenaan dengan mengatakan permintaannya agak keterlaluan.

Malah, aktor itu turut mengingatkan individu tersebut untuk beristighfar dan menghormati bulan Ramadan.

Kau bodoh ke? Kau tak puasa? Bawa-bawa mengucap sedikit.

Tak takut seksa kubur ke?

Lah gersang pula. Bulan puasa ada lagi syaitan terlepas.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×