Usahawan dan selebriti popular Neelofa, enggan mengulas lanjut tentang hubungan adiknya Ameera Khan dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Artikel Berkaitan: Neelofa Kagum Lihat Imej Bertutup Ameera Khan – ‘Semoga Sentiasa Disantuni Rahmat & Kasih Sayang-Nya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Khan Layak Dapat Lelaki Baik & Saya Ingin Jadi Orang Itu’

Hubungan Ameera, Jefri

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menjelaskan bahawa dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan berikutan ia boleh mengundang pandangan negatif terutama daripada warganet.

Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada perkara yang tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Kalau jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja pasti kena kecam. Jadi, lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gala: Pelancaran Penjenamaan LINDUNG Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bidang berbeza

Tambah Neelofa, dia dan Ameera bukan di dalam bidang yang sama meskipun kedua-duanya kerap menjadi perhatian masyarakat.

Oleh itu, adalah tidak wajar untuk membuat pembandingan antara dirinya dan Ameera.

Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Saya berada di dalam industri seni tapi dia tidak.

Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal malah kisah peribadi pun boleh diketahui ramai.

Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja tapi tak boleh bandingkan dengan dia. Ameera bukan pelakon, penyanyi atau pengacara.

Terdahulu, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman Instagram.

Bagaimanapun, cinta Ameer dan Jefri bertaut kembali sekitar Mac tahun lalu dan semenjak itu mereka menjadi antara bualan hangat warganet.