Selebriti dan usahawan terkemuka, Noor Neelofa berkongsi usaha terbarunya dalam menjalankan kempen yang melibatkan kerjasama antara jenama Naelofar dan organisasi OrphanCare Foundation.
Artikel Berkaitan: Neelofa Jual Koleksi Kasut Kayangan, Harga Asal RM14k Tapi Nak Jual RM1k Je
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perasan Neelofa Asyik Usap Perut, Dakwa Nampak ‘Baby Bump’
Kerjasama dengan OrphanCare Foundation
Menerusi hantaran yang dimuat naik usahawan ini di Instagram (IG), dia menjelaskan inisiatif utama kerjasamanya adalah untuk membantu memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik melalui hasil kempen ‘Naelofar Kindness Box’. Malah, Neelofa turut berkongsi serba sedikit tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi berkenaan.
Ujar selebriti berusia 34 tahun ini, apa yang diperjuangkan oleh organisasi ini membuatkan dirinya terasa kerdil di samping meluahkan rasa simpati dengan nasib bayi yang berada dalam dukungannya itu.
Saya berkesempatan ke OrphanCare Foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.
Bayi dalam dukungan saya ini antara bayi yang ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan masih bertali pusat. Bayangkan dengan keadaan bayi yang masih merah itu ditinggalkan sendirian.
Dalam pada itu, isteri kepada PU Haris ini turut menyeru para wanita diluar sana yang berdepan masalah sebegitu untuk hadir ke OrphanCARE kerana pusat terbabit bukan sahaja menerima bayi terbuang, malah turut menyediakan perlindungan kepada wanita hamil sehinggalah mereka melahirkan bayi.
Jika ada antara anda yang tidak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan sahaja di baby hatch yang dibuka 24/7 sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi.
Semoga usaha kecil yang saya dan Nealofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan organisasi ini untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah.
Sumber: Neelofa