berita

Neelofa Jual Koleksi Kasut ‘Kayangan’ – ‘Harga Asal RM14k Tapi Nak Jual RM1k Je’

February 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Usahawan, Noor Neelofa mengambil keputusan untuk menjual sebahagian koleksi kasutnya menerusi satu karnival jualan (preloved) hari ini, di Petaling Jaya, Selangor.

Jual murah

Perkara tersebut dikongsikan oleh Neelofa sendiri menerusi Instagram Story miliknya.

Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang banyak ni. Ada macam-macam jenama terkemuka. Kebanyakan saiz 36,37 dan 38. Semua murah-murah saja. Majoriti saya dah pernah pakai. Saya nak jual RM300, RM500 dan RM800.

Ada yang harga asal RM14,000 tapi saya nak jual RM1,000 sahaja. Tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja. Sayang. Korang belilah. Murah-murah sahaja.

Neelofa turut memberitahu 90 peratus daripada kasut tersebut pernah dipakai olehnya.

Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna.

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×