
Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz tampil memberi penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bayaran bagi kelas agama anjuran mereka agak mahal.
Artikel Berkaitan: Neelofa Dalam Usaha Hafal 70 Doa Nabi – ‘Nak Ingat, Lancar Baca Menjelang Disember’
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Susah Nak ‘Move On’ Selepas Balik KL – ‘Separuh Jiwa Masih Di Sana’
‘Tak ada seorang yang merungut’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menjelaskan bahawa harga yang dikenakan adalah setimpal dengan fasiliti, pengalaman dan pengisian ilmu yang ditawarkan kepada para peserta.
Mereka yang pernah hadir tahu nilai yang mereka dapat termasuk lokasi di hotel lima bintang, makanan mewah, banyak goodies bag dan konten serta ilmu yang mereka dapat.
Tambah Neelofa lagi, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas negatif daripada para peserta yang telah menyertai sesi tersebut.
Tidak ada seorang pun yang pernah hadir ke kelas tersebut datang merungut kata tak berbaloi dan sebagainya.
Kami memberi lebih daripada pengalaman kepada mereka yang hadir, beri impak emosi. Bukan sekadar datang kemudian balik.
Neelofa dan PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Mualim Muda yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
‘Nak angkat industri ceramah’

Sementara itu, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, berkata inisiatif ini merupakan satu usaha untuk membawa industri ceramah dan majlis ilmu ke tahap yang lebih tinggi.
Ilmu yang disampaikan boleh juga dapat di luar sana cuma mungkin pendekatan yang digunakan berbeza. Kami cuba angkat industri ceramah ini ke tahap lebih tinggi.
Kelas kami ini tiada paksaan, jika orang kata bayarannya mahal, boleh nilai dengan apa yang tetamu dapat.
Selain daripada pengisian agama, PU Riz menjelaskan bahawa terdapat elemen eksklusif lain yang disuntik ke dalam program tersebut, termasuk kehadiran rakan-rakan selebriti.
Kami juga ada bawakan rakan artis secara eksklusif kepada para tetamu untuk berkongsi pengalaman mereka dan sebagainya. Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak.
Dalam pada itu, PU Riz tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan sesi yang lebih bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat pada masa akan datang.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ada segelintir pihak yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap kadar bayaran bagi program keagamaan anjuran pasangan selebriti berkenaan.
Penetapan harga mencecah RM850 itu dianggap keterlaluan oleh sesetengah netizen, malah disifatkan tidak bersesuaian bagi penganjuran sebuah majlis ilmu.







