Gambar Hiasan
Tiada siapa dapat menjangka bila ajal akan menjemput. Namun, dalam beberapa kes, kita seolah dapat mengagak ‘mati’ itu semakin hampir lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mula bertutur pelik. Biasanya, apabila ajal seseorang itu dekat, dia akan selalu berbicara tentang kematian. Dan kita, sebagai manusia sering bersikap acuh tak acuh dengan apa yang dia cakap kerana fikirkan mereka sedang bergurau.
Seperti kisah perkongsian ini, sebak membaca perbualan terakhir antara seorang nenek, Bechik Kedasek, 73 dan cucunya, Allahyarham Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16 yang telah pergi buat selamanya: “Nenek, Ibnu rasanya macam nak jalan jugak. Tak tau nak pergi mana”. Siapa sangka itu adalah petanda kali terakhir Bechik melihat wajah cucunya iu.
Nenek ingat cucu gurau bila kata nak jalan
Bechik berkata Ibnu asyik bertanyakan tarikh arwah atuknya (Mok) meninggal dunia.
Dia tanya…nenek, bila Mok meninggal? Dia panggil atuk dia Mok.
Saya beritahu Mok meninggal dunia 14 haribulan 9. Selepas itu, kata dia pada saya, rasanya macam nak jalan jugak.
Saya tak faham cakap dia. Macam gurau saja. Tapi sejak balik sekolah, dia asyik cakap saja.
Akibat rempuhan itu, dua daripada mereka tercampak dan melambung beberapa meter ke atas jalan raya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, seorang saksi dikenali sebagai Fazli Hashim, 36, memperincikan kejadian malang itu. Beliau mendengar dentuman kuat sebelum sempat melihat satu basikal melambung tinggi.
Tiba-tiba saya saya dengar bunyi dentuman kuat dan apabila saya toleh, satu basikal melambung tinggi.
Saya terus ke tempat kejadian dan pada mulanya nampak seorang daripada mereka berdiri dan tak cedera.
Tapi, selepas kami menyuluh lampu ke parit berhampiran, nampak seorang lagi tertiarap dalam parit dengan kepala berdarah.
Seorang lagi mangsa ditemui agak jauh kerana tercampak dari lokasi kejadian ke dalam parit.
Malang tidak berbau. Difahamkan 4 mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada perjumpaan kumpulan kompang tidak jauh dari tempat kejadian.