berita

Nenek 75 Tahun Maut Selepas Diserang & Dirogol Dalam Ladang Tebu

January 9th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana didakwa merogol dan membunuh seorang wanita Thailand berusia 75 tahun. 

Artikel Berkaitan: Wanita Kurang Upaya Maut Selepas Terkena Renjatan Elektrik

Temui titisan darah

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, cucu mangsa, Sittichai berusia 27 tahun itu menemui mayat neneknya di ladang tebu berhampiran bilik pameran kereta terbiar sebelum dia melaporkan kejadian tersebut kepada Balai Polis Mueang Sakaeo.

Menurut Sittichai, pada hari kejadian, mangsa keluar rumah pada pukul 9 pagi untuk mengumpul dan menjual sisa kitar semula namun, tidak pulang ke rumah sehingga waktu petang.

Disebabkan itu, Sittichai memutuskan untuk mencarinya kira-kira jam 2 petang dan menemui titisan darah di sepanjang jalan.

Dia mengambil keputusan untuk mengikuti jejak tersebut dan menjumpai neneknya dalam keadaan terbaring dan separuh bogel.

Pihak polis mempercayai bahawa mangsa dirogol dan dibunuh malah turut menemui satu beg alat binaan, pakaian dan sebilah kapak yang dipercayai milik pembunuh.

Polis juga mengsyaki bahawa pembunuh merupakan seorang lelaki Thailand yang dikenal pasti sebagai Somchai Buasing kerana dia tiba di kawasan itu dengan menaiki bas awam tiga hari lalu dan mencari perlindungan di pondok polis.

Pihak polis segera mencari pembunuh dan berjaya menahannya tidak jauh dari tempat kejadian.

Suspek mengakui melakukan perbuatan tersebut selepas dia melihat mangsa berjalan seorang diri di tepi jalan dan menghampirinya.

Dia mengheretnya ke dalam ladang tebu sebelum memukulnya hingga mati dengan batu dan menyerangnya secara seksual.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×