berita

Netizen Baru Sedar Suara Thamiera Chan The Gadys Sedap, Anggap Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ Susah & ‘Struggle’

March 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

The Gadys

Sebelum ini, kumpulan The Gadys teruk dikecam netizen selepas tular video nyanyian mereka menyampaikan lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ di sebuah majlis anugerah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Biasa Tengok Budak-Budak Sekarang Menyanyi Macam Tu’ – Ajai Beri Nasihat, Label Perlu Jaga Kuantiti & Kualiti

Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Ini Adalah Publisiti Yang Baik Untuk Mereka’ – Aina Abdul

‘Sedap je suara dia’

The Gadys

Malah sehingga hari ini, masih ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kurang baik di TikTok salah seorang anggota The Gadys iaitu Thamiera Chan mengenai persembahan tersebut.

Pun begitu, ada seorang netizen yang memuji suara Thamiera menerusi sepotong video menyaksikan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu berjudul ‘Tapi Tahukah Kamu’.

Kata individu terbabit, Thamiera memiliki suara yang sedap dan berpendapat lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ tidak sesuai dengan suaranya.

Sebenarnya lagu Fujiyama itu memang tak sedap atau tidak sesuai. Suara dia (Thamiera) ini sedap saja.

Membalas kepada komen tersebut, Thamiera mengakui dia sendiri bekerja keras untuk menyanyikan lagu asal nyanyian Ria Resty Fauzi itu.

Lagu itu (Cintaku Sampai Ke Ethiopia)  sedap, cuma tak sesuai dengan saya kot. Tinggi sangat, saya pun struggle nak menyanyi, tapi tak apa benda dah jadi. Terima kasih awak.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menganggap keterujaan Thamiera bersama dua lagi rakannya berada di atas pentas ketika menyanyikan lagu itu menyebabkan mereka tidak fokus pada teknik nyanyian.

Bagaimanapun, Thamiera mendedahkan dia dan dua orang lagi ahli kumpulan The Gadys terpaksa menyanyikan lagu tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan.

Tak ada la akak lagu itu kami dibagi dan key terlalu tinggi. Kami dah minta key yang rendah tapi dapat yang itu. Kami menyanyi sajalah, tak nak menyusahkan sesiapa.

Terdahulu, The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan itu menjadi perhatian apabila dilihat ‘bergelut’ menyanyikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim).

SKIP THIS AD ×