

Nama jurusolek ternama berasal dari Thailand, Babara Beer tiba-tiba menjadi sebutan selepas khidmatnya digunakan oleh penyanyi dan pelakon, Janna Nick untuk menata rias wajahnya di hari perkahwinan aktres itu, pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick ‘Terbangkan’ MUA Dari Thailand, Netizen Puji Naik Seri Pengantin – ‘Fresh Look & Natural’
RM10K per-look

Terbaharu, seorang individu mendedahkan harga yang akan dikenakan sekiranya menggunakan khidmat jurusolek berkenaan.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, individu yang dikenali sebagai Azzim Aziz membuat ‘survey’ dengan bertanyakan sendiri kepada pihak Babara Beer dan mendapati caj yang dikenakan mencecah 70,000 bath (matawang Thailand) bersamaan RM10,000 untuk sekali solekan.
Selepas mendapati caj yang dikenakan, individu tersebut menjelaskan ia bergantung kepada kemampuan masing-masing sekiranya ingin menggunakan khidmat jurusolek tersebut.
Dalam pada itu, individu tersebut turut berkongi tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama pihak Babara Beer.
Berbaloi dengan karya


Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya seakan tidak terkejut dengan caj yang dikenakan apabila mereka berkata hasilnya sangat berkualiti.
Malah, ada juga yang berkata ia berbaloi dengan karya yang digunakan Babara Beer dalam memastikan raja sehari kelihatan cantik di hari bahagia mereka.
Terdahulu, solekan berkonsep ‘glass skin’ pada wajah pelantun lagu Gatal itu mendapat pujian ramai.
Malah difahamkan, Babara Beer sebelum ini pernah menata rias wajah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim.
Untuk info, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup, pada Sabtu lalu di Langkawi.
Sumber: Facebook



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)