Penampilan pelakon Janna Nick ketika hari perkahwinan menjadi bualan ramai di media sosial. Janna yang memakai busana berona putih ketika majlis akad nikah dan resepsi kelihatan natural dengan solekan ‘glass skin.’
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya Pulak’ – Puteri Sarah Liyana
MUA dari Thailand
Rupa-rupanya penyanyi ini memilih jurusolek ternama dari negara seberang, Thailand iaitu Babara Beer.
Babara ini bukan calang-calang MUA (makeup artist) apabila pernah menata rias wajah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Babara memuat naik video ‘tutorial’ mekap aktres berumur 28 tahun untuk ijab kabul dan bersanding.
Pemilik nama Nurul Jannah Muner yang berpuas hati dengan hasil luar biasa itu mengucapkan terima kasih kepada Babara.
Terima kasih dengan sentuhan kamu Babara. Sangat menakjubkab. Saya sangat gembira mendapat sentuhan kamu pada hari bahagia saya. Till next time.
Dalam hantaran berbeza, Babara mendoakan agar Janna dan Dini Schatzmann kekal bahagia dan mengecapi kenangan terindah bersama.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sentuhan magis tangan Babara di samping berhasrat untuk menggunakan servis yang sama pada hari perkahwinan mereka nanti.
View this post on Instagram
Pada Sabtu lalu, Janna sah menjadi isteri kepada Dini dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 yang menjadi simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan juga seutas rantai emas.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sekadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.
Sumber: Instagram