Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha dikatakan sedang hamil apabila memuat naik sekeping gambar imbasan ultrabunyi di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Selit Gambar Imbasan Ultrabunyi Dalam Video, Elisya Sandha Hamil Anak Pertama?
Perut makin membesar
Terbaru, Elisya, 22, sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video dengan kapsyen ‘mengidam’ makanan. Dalam video itu, pemilik nama Nur Elisya Mohd. Faisal dilihat memegang perutnya yang makin membesar.
Ruangan hantaran tersebut mula dipenuhi dengan komen ‘baby bump’ biarpun empunya badan belum membuat sebarang pengesahan.
@quadraple: Comelnya baby bump. Tahniah Elisya. Stay safe ya.
@iam_syidah: Wahhh nampk baby bump la.
@aziezah75: Alhamdulillah dah nampak baby bump tu.
@syafiqahailadzmi: Comel baby bump.
@jehahramli: Comeynya baby bump. Semoga sihat selalu dan segala urusan dipermudahkan.
@ilaa_amin: Dah nampak baby bump tu jaga elok-elok. Jangan lasak ya.
Tak buka mulut
Bagaimanapun, menantu kepada pengarah Sheila Rusly itu memilih untuk mengunci mulut sehingga hari ini. Namun, wargamaya tetap mendoakan agar urusan Elisya dan suami, Uzair Haqimy dipermudahkan Allah.
Terdahulu, Elisya dan Uzair memutuskan untuk berkahwin pada 21 Ogos lalu selepas lima tahun mereka mengenal hati budi masing-masing.
Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial