Umum tahu, pelakon Elisya Sandha sudah bergelar isteri kepada anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Selamat Diijabkabul.. Hantaran RM22,222.22!
Selit gambar imbasan ultrabunyi
View this post on Instagram
Terbaru, menerusi imbasan video imbasan 2021 yang dimuat naik di Instagram (IG), Elisya, 22, seakan ingin berkongsi berita gembira kepada umum.
Biarpun belum mengesahkan secara terperinci, pemilik nama Nur Elisya Mohd. Faisal dilihat menyelit sekeping gambar imbasan ultrabunyi.
Menerusi kapsyen ditulis, adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga melahirkan rasa syukur dengan perjalanan yang dilaluinya sepanjang tahun lepas.
Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya. Biarpun dengan segala naik turun (yang berlaku), saya bersyukur.
Muntah nasi kandar
Menjengah di ruangan komen, ibu mentuanya, Sheila turut meninggalkan komen di hantaran tersebut. Selain itu, rata-rata peminat yang perasan dengan ‘hint’ itu lantas mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Elisya serta suami dipermudahkan.
Hari itu masa Elisya makan nasi kandar lepas tu kata lepas makan semua terkeluar balik dah agak dah mesti hamil. Alhamdulillah,” tulis pengguna @hsnurbil.
Wah nmpak gambar imbasan bayi. Tahniah,” kata @aishah.tarmizi.31.
I spot gambar imbasan bayi di situ. Whoaaaa tahniah,” tulis @anienaskincare.fikaa.
Terdahulu, Elisya dan Uzair memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mereka mengenal hati budi masing-masing.
Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial