Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa didakwa kini sedang hamil cahaya mata ketiganya bersama suami, Haris Ismail.
Artikel Berkaitan: PU Riz & Neelofa Selesa ‘Blur’ Wajah Bilal & Abbas Di Media Sosial – ‘Nanti Macam Mana Pun, Kita Akan Hantar Dekat Sekolah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Duduk Di Dunia Seperti Orang Fakir & Lemah Kerana Akan Sentiasa Meminta Kepada Allah’ – Neelofa
Nampak ‘baby bump’?
View this post on Instagram
Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik dua keping foto di Instagram dengan mengenakan jubah berona merah dan tudung berwarna putih.
Berikutan fizikal pelakon filem Azura (2012) itu kelihatan sedikit berbeza, warganet mula berteka-teki mengenai status kehamilannya.
Tinjauan OhBulan! mendapati, rata-rata warganet menghujani ruangan komen dengan dakwaan bahawa aktres berusia 35 tahun itu sedang berbadan dua.
Macam baru je umum lahirkan Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi.
Macam nampak ‘baby bump’ je.
SubhanAllah something cute coming soon.
Abbas akan jadi abang tak lama lagi.
Alhamdulillah bertambah lagi.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan daripada Neelofa mahupun Haris berkenaan berita gembira tersebut.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
Sumber: IG Neelofa