

Pemanis mulut tiramisu menjadi antara manisan yang trending ketika ini, usahawan dan pempengaruh Yaana Lee turut tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan sendiri dan menjualnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Nafi Guna Barang Premium, Netizen Beri Bukti – ‘Sendiri Cakap, Sendiri Lupa’
Artikel Berkaitan: Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’
‘Mindset orang kaya’
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Yaana untuk menjual manisan tersebut meskipun sudah memiliki perniagaan pakaian yang stabil.
Tengok orang kaya, dia tamak. Yaana Lee rasanya sudah ada perniagaan dan untung juta-juta dari hasil jualan tapi dia masih buat perniagaan lain iaitu tiramisu.
Tambah individu itu lagi, Yaana memiliki pemikiran yang bernas sebagai seorang usahawan yang sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan.
Orang akan cakap, orang kata suka ambil kesempatan. Bagi saya inilah pemikiran orang kaya.
Mereka tetap berniaga walaupun sebenarnya boleh je selesa dengan satu jenis perniagaan yang sudah untung.
Sama macam Datuk Aliff Syukri. Saya harap saya pun ada pemikiran yang sentiasa ligat.
Netizen kagum
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka berkata, sifat rajin yang ditonjolkan Yaana boleh dijadikan contoh kepada usahawan lain.
Betul, saya pun kagum dengan kerajinan mereka. Tak pernah sia-siakan market, mana nampak boleh buat duit mereka akan buat.
Orang kata komitmen banyak, kalau berhenti nak rehat memang akan rasa sakit.
Mereka ambil peluang yang ada, semua benda nak cuba.
Sumber: Threads








