Seorang pengguna media sosial mendakwa penyanyi Siti Sairah terlalu memaksa anaknya iaitu Ummi Umairah untuk menjadi penyanyi.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lambat, Baru Nak Tunjuk Taring’ – Siti Sisters Juara Mingguan ‘Famili Duo’, 2 Kali Berturut-Turut Bawa Pulang RM10k!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kereta Malam’ Siti Sairah & Siti Saida Vazz, Raih Juara Mingguan Konsert Kelima!
Paksa jadi penyanyi?
Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran di TikTok, individu tersebut berkata, dia berasa kasihan dengan Umairah atau mesra dengan sapaan Umai.
Kadang-kadang kasihan tengok Umai ini, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Apa pun semoga berjaya Umai.
Tidak berdiam diri, adik kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza itu menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan anaknya ingin menjadi penyanyi atas minatnya sendiri.
Kata Sairah, dia sebagai ibu hanya menyokong dan memberi semangat buat Umai.
Setiap apa yang Umai lakukan dan buat atas minat dan keinginan dia sendiri. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dan yang terbaik untuk dia.
Dalam hantaran tersebut, Sairah turut berkongsi sepotong video anaknya itu sedang berlatih dengan guru vokal yang dikenali sebagai Cikgu Shafi.
Dapat dilihat juga, Umai mengalirkan airmata dalam video berkenaan.
Sumber: TikTok