berita

Netizen Kecam Jemput ‘Hot Daddy’ Ke Podcast, YouTuber Beri Penjelasan – ‘Kami Tak Pernah Sokong Perbuatan Tak Bermoral’

February 5th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Baru-baru ini, YouTuber dan pempengaruh, Bros Gang TV (BGTV) menerima kecaman teruk apabila mereka menjemput tertuduh bagi kes pensundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ ke program podcast mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Hot Daddy’ & Dua Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Buat Iklan Persundalan

Tampil pertahankan diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bros Gang Tv | BGTV+ (@brosgangtv)

Sedar diri mereka menjadi bualan wargamaya, pihak BGTV tampil memberikan penjelasan terhadap tindakan mereka menjemput individu tersebut ke program podcast mereka.

Menurut mereka, apa yang berlaku sewaktu sesi podcast tersebut adalah realiti kehidupan yang tidak didedahkan kepada khalayak ramai.

Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara telah berlaku. Pendebatan yang hebat antara kami dan tetamu.

BGTV adalah satu platform ‘reality showcase’. Maka segala video yang dikeluarkan adalah berdasarkan realiti kehidupan.

Tambah BGTV, mereka juga sama sekali tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral.

Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral.

Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

Terdahulu, foto bersama yang dimuat naik oleh BGTV telah mengundang kecaman netizen.

Menurut netizen, adalah tidak wajah untuk mereka menjemput seseorang individu yang secara terang-terangan terlibat dalam aktiviti persundalan di media sosial dan kini sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Sekadar info, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendapat netizen

Sumber: Instagram, Aplikasi X 

SKIP THIS AD ×