Hantaran penyanyi Ernie Zakri menyorot perhatian apabila didakwa mengunjungi sebuah restoran yang tidak memiliki sijil halal di Melaka.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa, Perkongsian Sahur ‘Simple’ Dipertikai – ‘Persoal Kebersihan Telekung’

Restoran kegemaran

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah, 34, berkongsi sebuah restoran kegemarannya setiap kali pulang beraya di Melaka.

Raya kedua balik Melaka.

Singgah tempat makan paling best.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen menyifatkan penyanyi berusia 34 tahun itu kurang peka terhadap isu halal dan haram.

Tidak berdiam diri, Ernie menyatakan restoran tersebut memiliki sijil halal sekali gus yakin dengan keputusannya.

Terpampang besar dekat kedai dia sijil halal, Insya-Allah.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur pelantun lagu Ku Bersuara itu agar lebih berhati-hati dalam memilih restoran untuk dijamu bersama keluarga. Selain itu, terdapat juga warganet yang menyatakan restoran tersebut sudah memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: Threads @erniezakri