berita

Netizen Keliru Kebenaran Pergerakan 10 Kilometer, Minta Kerajaan Kaji SOP Rentas Daerah

February 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, semalam menerusi sidang media khas yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

PKP ini pada dasarnya dijadualkan tamat pada 18 Februari depan, namun telah dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Artikel Berkaitan: 4 Buah Negeri Masih Kekal PKP Hingga 4 Mac

Bahkan, pihak kerajaan turut membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tetapi mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Namun, di sebalik kebenaran pergerakan ini, membuatkan netizen bingung dan tertanya-tanya.

Dibenarkan di semua negeri

Sekadar Gambar Hiasan

Difahamkan, pergerakan lebih 10 kilometer adalah dibenarkan di semua negeri yang sedang melaksanakan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Jelas Ismail lagi, keputusan ini dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Selepas mengambil kita keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak relevan untuk kita terus melarang mana-mana pihak bergerak dalam radius 10 km.

Bagaimanapun larangan merentas daerah dan negeri setakat ini masih lagi dikekalkan di semua negeri.

Contoh situasi

Netizen keliru

Jika dilihat, rata-rata netizen berpendapat mereka kurang jelas dengan arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan berhubung kebenaran bergerak melebihi 10 kilometer.

Pada masa yang sama, netizen turut mendesak pihak kerajaan supaya kembali membenarkan untuk merentas daerah berikutan pembukaan banyak sektor yang telah kembali beroperosi seperti sedia kala.

Sumber: Media sosial & Sidang Media MKN

SKIP THIS AD ×