berita

4 Buah Negeri Masih Kekal PKP Hingga 4 Mac

February 16th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Siaran Langsung MKN

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Artikel berkaitan: Kes Semakin Meningkat, PKPP Dilanjutkan Hingga 31 Mac 2021

Artikel berkaitan: 18 Kluster Berpunca Daripada Pergerakan Rentas Negeri

Kerajaan sarankan rakyat supaya patuhi SOP

Foto: merdeka.com

Menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa PKP dilanjutkan untuk 4 buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.

Walaupun kerajaan mengumumkan PKPB di beberapa negeri, perkara yang paling penting adalah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam konteks ini, beliau berkata pematuhan SOP bukan kerana kita takut kepada tindakan pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya ia perlu dilakukan di atas kesedaran diri sendiri demi menjaga kesihatan sendiri dan keluarga.

Kita tidak mahu apabila PKPB dan PKPP dilaksanakan terdapat kes baharu yang muncul, kerana kita perlu sama-sama melandaikan lengkok serta mengurangkan tekanan kesihatan.

Tambah beliau, pematuhan SOP adalah penting untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan rakyat dinasihatkan supaya elakkan keluar rumah jika tiada sebarang keperluan.

Sumber: Siaran Langsung MKN.

SKIP THIS AD ×