Usahawan, El Azman menepis dakwaan kononnya perniagaan baju Melayu miliknya bakal mengalami kerugian dan diboikot selepas mengambil pelakon, Fattah Amin sebagai duta.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Bagi Anak-Anak Pada Saya Untuk Beraya Di Kelantan’ – El Azman

Artikel Berkaitan: Isu Didakwa Ciplak Rekaan Tak Jejas Reputasi Jenama, El Azman Syukur Jualan Capai Target – ‘Alhamdulillah RM250 Juta’

‘Untung lebih besar’

El yang juga pengasas jenama Elrah menegaskan, spekulasi yang tular di Threads sebelum ini sama sekali tidak berasas, malah perniagaannya kini mencatat prestasi lebih memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Menurut El, penglibatan Fattah bersama beberapa lagi duta lain seperti Johan Ghazali, Joe Flizzow, Aya Balqis serta Arif Aiman memberi impak positif kepada jenama tersebut.

Tidak sama sekali. Kalau sebelum ini kita lihat di Threads ada yang cakap Elrah bakal berdepan kerugian teruk tahun ini sebab ambil Fattah Amin sebagai duta. Malah ada yang mahu boikot jenama saya ini.

Tapi perkara itu sama sekali tidak berlaku. Elrah tahun ini mencatat keuntungan yang lebih besar berbanding tahun lalu.

Untuk pengetahuan, tahun ini kali pertama jualan butik kami meningkat 100 peratus sepanjang lima tahun beroperasi. Duta yang diambil ini semuanya memang hebat.

Dalam masa sama, El turut berkongsi pandangannya terhadap keperibadian Fattah yang disifatkan sebagai seorang individu yang mudah bekerjasama dan disenangi ramai.

Fattah mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Apabila saya umum sahaja dia sebagai duta, memang ramai yang sokong dan beli baju Elrah.

Fattah memang seorang lelaki yang baik. Kalau sebelum ini Elrah kena boikot, tapi disebabkan ambil Fattah, orang sudah tidak lagi boikot. Memang senang bekerjasama dengan Fattah.

Jelas El lagi, kejayaan yang diraih membuktikan pemilihan duta yang tepat mampu memberi kesan besar kepada perkembangan sesebuah jenama, sekali gus menepis tanggapan negatif yang dilemparkan segelintir pihak sebelum ini.