berita

Netizen Mohon PU Syed Jangan Gentar Cegah Kemungkaran – ‘Ustaz Adalah Pejuang Islam’

July 13th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi Baby Shima telah mengambil tindakan tegas iaitu dengan menyaman pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed dan juga pemimpin parti politik Abd Rahman Mat Noor.

Artikel berkaitan: Baby Shima Saman PU Syed – ‘Saya Dinasihatkan Untuk Tidak Mengulas Lanjut’

Berikutan tindakan tersebut, PU Syed menerusi akaun Instagramnya menganggap ia satu ujian daripada Allah untuk dirinya yang dalam mencegah kemungkaran berleluasa dalam kalangan masyarakat hari ini.

Musibah atau anugerah

Ambe pun baru tahu, dari wartawan yang call tadi tentang satu saman yang dinamakan terhadap ambe oleh seorang artis. Bila ambe google ini hasilnya. Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada ambe dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

Para anbiya dan salafuna soleh ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak! Kita di akhir zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka.

Terdahulu, peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan di atas telah difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu di atas kuasa tindakan saman fitnah (defamation) dan malicious falsehood di bawah undang-undang tort.

Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.

Komen netizen

Sumber: PU Syed

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×