
Aktor Nazim Othman tampil menyelar tindakan segelintir netizen yang melemparkan komen sinis terhadap imej terbaharu aktres, Aprena Menrose, yang kini dilihat tidak lagi bertudung.
Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Tanggal Semula Tudung? Didakwa Padam Semua Foto Berhijab Di IG
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung
Setiap manusia ada ujian
Isu itu mula hangat diperkatakan selepas tular sebuah video memaparkan sesi photoshoot bagi mempromosikan drama berjudul Nur Untuk Ariff melibatkan pelakon Aprena bersama Nazim.
Menerusi hantaran di ruangan komen sebuah program hiburan, Nazim menjelaskan bahawa setiap manusia melalui ujian yang berbeza-beza yang tidak diketahui oleh orang luar.
Sejak promosi drama ini dipaparkan di media sosial, rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab.
Ujian setiap manusia itu berbeza. Kami ada melakukan beberapa perbualan di set ketika penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing.
Ya, pelakon pun ada berbual tentang perkara ini sesama sendiri.
Saya sendiri secara peribadi mempunyai kerisauan mengenai hal itu. Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih lagi mempunyai pegangan cuma sedang berada dalam fasa yang rapuh.
Dalam pada itu, Nazim akui terkilan dengan sikap segelintir netizen yang terlalu cepat menghukum.
Saya tidak cuba menghalalkan apa yang salah, cuma saya rasa terkilan juga dengan komen-komen yang sinis.
Dia berdiam diri tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu.
Susulan itu, Nazim berharap orang ramai supaya lebih bersifat empati dan mendoakan yang terbaik buat Aprena daripada terus melontarkan kata-kata negatif.
Komen Nazim

Sumber: Instagram Melodi






