Personaliti media sosial, Andika Putera menyorot perhatian apabila ada yang mempersoalkan sisi barunya yang berbeza daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ananda Natasha.

Artikel Berkaitan: ‘Sudut Kejulingan Alisha Adalah 45, Doktor Saran Untuk Buat Pembedahan Mata’ – Andika Putera

Artikel Berkaitan: Andika Putera Bidas Netizen Persoal Pakaian Alisha – ‘Kami Dah Beli Baju Cantik Tapi Tak Lawa Di Mata Anak’

Andika Putera tak sama macam dulu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu mempersoalkan sisi Andika yang kelihatan lebih matang menerusi perkahwinan keduanya.

Maaf tau, saya bukan niat mengungkit tapi sebagai wanita, saya turut terasa.

Kenapa masa dengan isteri sebelum ini tak perlu lihat si suami begini, maaf ya.

Bagaimanapun, komen individu tersebut meraih perhatian isteri Andika iaitu Dr Amalina yang menyarankan individu terbabit untuk menerima takdir.

Tambah Dr Amalina, setiap yang terjadi pasti memiliki sebab tersendiri sekali gus memohon agar tiada pihak yang mengganggu fasa perkahwinannya bersama suami.

Rukun imam keenam. Beriman dengan qada dan qadar.

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Tak perlu ulas lebih, hal bukan badan kita sendiri yang lalui.

Sekarang adalah tentang perkahwinan kami.

Biarkan kami nikmati momen ini dan jangan jadi joykiller.

Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.

Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: TikTok @Mentor Bisnes Era Baru