Pelakon Julia Farhana mencuri perhatian warganet sekaligus mendapat pujian selepas bersalaman dengan aktres dan penyanyi Lufya Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta
Tak nak bergaduh
Ketika ditemui OhBulan!, Julia menyatakan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas isteri suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz. Kata Julia, dia dan Hafiz enggan bermusuhan dengan mana-mana pihak.
Saya sebenarnya cuba insya-Allah. Baik saya atau pun suami, kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk bincang di luar mahkamah.
Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham.
Susulan pernah saling berbalas di media sosial, pemilik nama Julia Farhana Marin mengakui berasa fobia untuk bersuara kerana risau timbul lagi salah faham.
Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata di umum. Fobia nak cakap apa-apa di Instagram. Fobia nak kongsi apa yang membahagiakan kami.
Takut menimbulkan fitnah dan salah faham sebab itu kita pilih untuk diamkan diri.
Pada Khamis, Dr Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan RM1 juta yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.