berita

[VIDEO] Dr Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta

March 2nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas suami kepada Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta daripada aktres itu selepas tiga tahun bercerai.

Artikel berkaitan : ‘Kamu Berdua Keterlaluan & Menyusahkan Saya’- Lufya Tak Tahan Difitnah Bekas Suami & Aktres Julia Farhana?

Artikel berkaitan : ‘Isu Nafkah Anak Patut Boleh Selesai Awal, Jika Bapa Itu Berbincang Tanpa Campur Tangan Yang Lain’ – Lufya Omar

Artikel berkaitan : Dr Che Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’

Ini hal privasi

Ketika ditemui OhBulan, Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.

Namun, Dr Che Hafiz akui terkejut selepas menerima notis tersebut.

Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.

Dr Che Hafiz ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan Mut’ah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM 1 juta.

Jelas Abdul Hadi, mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu.

Tak bagi kerjasama dengan media

Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar yang turut hadir ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

SKIP THIS AD ×