Sejak beberapa hari lalu, penampilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang harian Covid-19 menjadi perhatian netizen. Beliau yang sebelum ini sering tampil berpakaian formal mengambil pendekatan untuk menggayakan baju batik kebanggaan Malaysia.
Terbaru, di Facebook, Datuk Seri Ismail membalas kembali respon-respon dilihat mengenai pakaianya. Menurutnya apa salahnya mempromosikan batik Malaysia. Betul juga kan?
Mempromosikan batik Malaysia
Ramai komen tentang baju saya sejak semalam. Sebenarnya semalam dan hari ni hujung minggu. Jadi saya pakai baju batik. Apa salahnya saya mempromosikan batik Malaysia…kan?
Menurut Menteri Kanan tersebut, dia memakai baju batik adalah bertujuan mempromosikan batik Malaysia. Rata-ratanya memuji niat baik yang ditunjukkan Datuk Seri Ismail tersebut. Biasa kita tengok menteri-menteri pakai baju formal ketika sidang media, tapi lain pula bagi beliau. Memang unik dan cantik dilihat!
Tengok baju Datuk Seri hati tenang
Pengusaha batik terharu
Terima kasih promosikan produk negara
Sumber : Ismail Sabri Yaakob