berita

Netizen Risau Uyaina Arshad Pakai ‘Heels’ Masa Hamil – ‘Saya Bukan Berdiri Lama Pun’

June 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Masih mengenakan kasut tumit tinggi dalam keadaan mengandung, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Terima Banyak Soalan Hamil, Risau Tak Sedar Sedang Berbadan Dua – ‘Saya Harap Komen Peminat Itu Adalah Satu Doa’

Artikel Berkaitan: Skirt ‘Swan’ Jadi Tumpuan, Netizen Dakwa Nampak Bentuk Kaki Uyaina Arshad Masa Live

Dah biasa

Meredakan kerisauan wargamaya, Uyaina, 30, menjelaskan dia berasa selesa memakai kasut tumit tinggi atau ‘heels’ biarpun  kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

Katanya, dia serasi dengan ‘heels’ memandangkan sejak sebelum hamil lagi dia kerap memakai terutama ketika waktu kerja.

Ramai yang dm dan tanya saya pasal pakai heels masa tengah mengandung. Sebenarnya saya dah biasa pakai heels.

Saya rasa selesa memakainya walaupun usia kandungan menjengah hampir enam bulan. Sebab sebelum mengandung pun saya dah biasa pakai heels.

Pemilik nama lengkap Shaidatul Naseha Uyaina Arshad menjawab persoalan netizen menerusi hantaran di Instagram Stories pada Selasa.

Tak berdiri lama

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran memberitahu dia tidak mengenakan ‘heels’ sepanjang hari. Namun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa akan sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Bukannya saya pakai heels ini seharian suntuk. Cuma masa hosting atau ada program saja. Dan bukan berdiri lama pun. Banyak duduk saja. Itu yang saya okey ja pakai heels.

Namun, semestinya saya perlu lebih berhati-hati lah. Kena lebih berhati-hati kalau pakai heels.

Sekadar info, Uyaina dan Raja Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2021.

Sumber: Instagram @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×