berita

Skirt ‘Swan’ Jadi Tumpuan, Netizen Dakwa Nampak Bentuk Kaki Uyaina Arshad Masa Live

December 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penampilan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menjadi tumpuan wargamaya malam tadi ketika dia menjadi hos program MeleTOP bersama Nabil Ahmad.

Artikel Berkaitan: Semata Ingin Kejar Publisiti, Uyaina Arshad Pernah Disuruh Berlakon ‘Minum’ Di Kelab Malam – ‘Awak Tak Popular, Perlu Ada Gosip Liar’

Skirt ‘swan’ jarang

Uyaina, 29, memilih untuk menggayakan baju berwarna putih bersama skirt kembang biru daripada koleksi pereka fesyen, Ghaania.

Biarpun nampak cantik dan ‘anggun’ dengan koleksi Swan in Fantasy, Uyaina menerima komen daripada segelintir pengguna media sosial apabila mereka mendakwa nampak bentuk kaki pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad.

Harus diberi pujian kerana warganet tidak terus mengecam atau mengeluarkan kata-kata kesat tetapi memilih menegur dengan cara baik.

@nrna.zmeea: Awak saya nak tegur. Kaki awak nampak sangat dekat MeleTOP.

@ytiezaid: Maaf tapi tadi masa live Mele TOP nampak separuh kaki atau pakai stokin atau legging warna kulit?

Pakai stokin di dalam

Tidak ingin berlanjutan, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa tampil memberi jawapan menerusi salah satu komen yang diterima.

Kata kekasih kepada penyanyi, Raja Syahiran, dia mengenakan stokin berwarna ‘skin’ atau kulit ketika program siaran langsung itu.

Sumber: Instagram @meletop, @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×