Jam tangan yang digayakan usahawan dan selebriti media sosial, Noor Nabila ketika majlis rumah terbuka yang dianjurkannya baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Ungkap Isi Hati – ‘Tidak Yang Semua Pergi Itu Satu Kehilangan’

Jam harga suku juta

Aksesori mewah itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa harga jam tangan berkenaan mencecah sekitar RM252,000.

Jam Nabila pakai RM250,000. Patutlah rumah terbuka dia nampak begitu mewah.

Dalam pada itu, seorang pempengaruh yang sering berkongsi info mengenai barangan berjenama yang dikebali sebagai Mirzan Johor turut mengesahkan nilai jam tangan tersebut.

Menerusi satu video di TikTok, Mirzan menjelaskan jam yang dipakai Noor Nabila adalah daripada jenama terkenal Cartier, model Baignoire yang dihiasi berlian sepenuhnya.

Memang ramai yang bercakap tentang jam Nabila sejak dua hari ini. Jam itu dari Cartier, model Baignoire.

Harganya sekitar RM252,000. Itu sudah boleh beli sebuah apartmen. Jam itu pula jenis ‘full diamond’, memang mewah. Rumah saya sendiri pun tidak sampai harga RM250,000.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan gaya hidup usahawan itu, selain ada yang terkejut mengetahui harga sebenar aksesori yang digayakan.

Sumber: Threads