berita

Netizen Serang Akaun Youtube Pelajar Buli, Geram Tengok Pernah Upload Video Hafazan

December 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Polis Perak diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman video kejadian buli yang viral di media sosial membabitkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah asrama di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: Rakaman Remaja Lelaki Dibuli Di Asrama Bikin Netizen Geram, Harap Semua Kena Hukuman Setimpal

Pelaku kena kecam

Menerusi tinjauan pihak OhBulan! akaun Youtube salah seorang pelaku telah diserang netizen. Menerusi video Youtube yang dikongsikan sebelum ini, memaparkan si pelaku sedang membuat satu eksperimen bagi mata pelajaran sains tingkatan 1 sementara di ruangan komen mula dibanjiri dengan pelbagai bentuk kecaman dan amarah terhadap si pelaku.

Antara video lain yang dikongsikan di akaun tersebut memperlihatkan dirinya sedang mengemas rumah, melakukan bacaan hafazan dan video kenangan bersama rakan sekelasnya sepanjang tahun 2021.

Difahamkan, perkara tersebut berlaku lantaran tindakan sekumpulan pelajar terbabit yang bertindak di luar kawalan dengan menumbuk mangsa berulang kali. Netizen berpendapat bahawa adab dan nilai murni sangat penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya anak muda. Sekiranya seseorang itu kaya dengan adab, maka kejadian seperti membuli tidak akan berlaku.

Bacaan hafazan oleh si pelaku

‘Rosak masa depan’

Difahamkan, akaun Youtube si pelaku yang mempunyai seramai 85 subscribers ini telah diprivasikan.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×