Sejak semalam, tular beberapa klip video pendek memaparkan seorang remaja lelaki menjadi mangsa buli yang dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama.
Video tersebut bagaimanapun, telah membangkitkan amarah dalam kalangan wargamaya dan mereka turut mengutuk tindakan si pelaku yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Tindakan tidak bertanggungjawab
Foto: Media sosial
Menerusi video tersebut, seorang pelajar yang memakai baju merah telah dikerumuni oleh sekumpulan remaja yang lain sebelum mereka bertindak di luar kawalan.
Apa yang lebih mengejutkan, mangsa telah ditumbuk berulang kali dan turut diterajang dari arah belakang. Namun, mangsa ketika itu sama sekali tidak melawan dan seolah-olah akur dengan apa yang terjadi kepadanya.
Hero-hero Malaya sudah tunjuk taring guys. Mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya ni tak kot. Nak menjadi gangster masing-masing nak tunjuk gangster ye. Cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ini harap cepat-cepat la insaf.
Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info tambahan di mana lokasi kejadian tersebut berlaku dan keadaan terkini mangsa selepas insiden tersebut.
Respon netizen
Sumber: Media sosial