berita

Netizen Sifatkan Geng ‘Minah Rempit’ Hati Kental Bangga Tayang Saman – ‘Hobi Kita Memang Mahal’

July 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan sekumpulan wanita dengan bangga menunjukkan surat saman yang diterima daripada pihak polis.

Artikel Berkaitan: Isteri Beli Suami Helmet Kayangan ‘Cash’ Harga RM86,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cikgu Sekolah Rupanya Yang Viral ‘Merempit’ Atas Jambatan Pulau Pinang…

Bangga tayang saman

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, sekumpulan penunggang motosikal itu dilihat menayangkan surat saman sambil ketawa.

Tanpa rasa bersalah mereka seolah-olah sedang bersaing siapa paling banyak disaman dan ada juga tanpa segan menunjukkan dia telah mendapat enam saman daripada pihak polis.

Video tersebut didakwa telah dirakam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.

Tinjauan OhBulan! mendapati ada di antara mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Sementara itu, mereka dipercayai disaman atas kesalahan memandu secara melulu dan kesalahan mengubahsuai motosikal yang tidak mengikut spesifikasi garis panduan seperti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

‘Hobi kita memang mahal’

Menjengah ke ruangan komen, warganet berkata mereka beruntung kerana motosikal tidak disita dan masih boleh ketawa. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk membayar nanti mereka pasti akan ‘sakit’ kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak atas kesalahan sendiri.

Dalam pada itu, sambil berseloroh warganet menasihati mereka agar membayar saman tersebut pada hujung tahun bagi mendapatkan diskaun.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×