
Reaksi spontan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika diajukan soalan berbaur usikan sewaktu sesi siaran langsung bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, telah mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Simpan Nombor Plat Kereta Bella Astillah Dalam Telefon – ‘Dia Pandu Berbahaya, Macam Puaka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duduk Sebelah Bella Boleh Hilang Stres’ – Syed Saddiq
‘YB sayang Bella tak?’
@barrerys_ penat la ek tengok diorang bersemut jee ni?? #bellaastillah #syedsaddiq #fyp?? #teambass #fypage #syedsaddiqbellaastillah #bass #foryou ? original sound – syaaa
Menerusi sesi TikTok Live tersebut, Saddiq dan Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah sedang menandatangani buku yang ditulis ahli politik itu sebagai persiapan menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dijadualkan bermula 23 Mei ini.
Namun, situasi bertukar gamat apabila ruangan komen siaran langsung itu tiba-tiba ‘diserang’ dengan soalan daripada para penonton yang rata-rata mengusik dan bertanya secara bertubi-tubi kepada pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dia menyayangi Bella atau tidak.
YB sayang Bella tak?
Soalan tersebut membuatkan ahli politik berusia 33 tahun itu terdiam seketika dan wajahnya mula berubah seolah-olah menahan rasa malu. Dengan bersahaja, Saddiq menjelaskan bahawa tidak semua perkara dia perlu memberitahu kepada umum.
Something are better left private.
Saya tahu nak jawab, tapi nak saya jawab secara publik ke?.
Jawapan itu menerima pelbagai reaksi daripada penonton yang menganggap ia sebagai ‘hint’ tersirat daripada Saddiq sendiri.
Gelabah punya pasal sampai tersilap sign.
Syok betul tengok diorang bahagia.
Merah muka YB.
Tersipu malu YB tengok komen korang.
YB jawab dalam hati.
Senyum-senyum tu tanda sayang tu YB.
Jawab dengan mata je YB, kami faham.
Diorang yang bercinta, aku yang bahagia.
Video
@nuraimirah_ Vitamin utk korang?berbunge2 tak hati korang tu?kite mcm da dpt jawapan kan#fypage #fyppppppppppppppppppppppp #teambass #BASS @Bella Astillah @Syed Saddiq #syedsadiq #bellaastillah #bellaastilahsyedsaadiq #vitamin ? Milk Tea – Official Sound Studio
Sumber: TikTok