berita

Netizen Terkejut Lihat Perubahan Fizikal Almy Nadia – ‘Normal La Tu Dah Anak Empat’

January 12th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Almy Nadia yang juga merupakan isteri kepada Fizz Fairuz telah menarik perhatian warganet apabila dilihat mengalami perubahan dari segi fizikal.

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Pelik Macam Mana Anwar Ibrahim Kerja Tanpa Ambil Gaji – Kalau Aku Tak Boleh Ooo

Artikel Berkaitan: Anak Tak Mahu Makan, Almy Nadia Bengang Dakwa Cikgu Suruh Kurus

Dirakam naik skuter

Menerusi video berdurasi 42 saat yang dimuat naik oleh Noraini Basre itu, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah sedang menunggang motosikal jenis skuter sambil dirakam oleh suaminya. Dalam video itu juga, Almy dikatakan mahu membawa kenderaan itu untuk mengambil anaknya.

Walau bagaimanapun, penampilan terkini ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat perubahan fizikal Almy.

Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian mereka yang turut berkongsi pengalaman sama di mana berat badan naik selepas melahirkan anak. Dalam pada itu, ada antara mereka yang menasihati pelakon itu agar menjaga pemakanan dan kesihatan.

Komen

Sumber: binafshasweet880609

SKIP THIS AD ×