berita

Netizen Terpukau Dengar ‘British Accent’ Puteri Balqis, Harap Bergandingan Dengan Zahirah MacWilson – ‘Sedaplah Dengar Dia Cakap’

January 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pelakon berbakat besar iaitu Puteri Balqis memberikan sedikit komen mengenai pandangan yang diberikan sesetengah pihak yang beranggapan dirinya tidak sesuai untuk membawakan karakter yang lebih tua kerana usianya yang masih muda.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Dikatakan Persis Avril Lavigne, Makin Besar Makin Cantik

‘Sesuai dengan jiwa Aqish’

@remaja.my Melebarkan sayap dalam industri seni sejak kecil, figura seorang ini antara pelakon yang tidak lepas menerima komen segelintir netizen yang beranggapan dirinya agak kurang sesuai untuk membawa karakter dewasa dek kerana usianya yang masih muda. Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis Ashikin yang lebih disapa Aqish, tampil menjawab perkara tersebut ketika ditemui Remaja, baru-baru ini. Tak apa, min tetap suka semua lakonan Aqish! Siapaa lorveee dengan lakonan Aqish jugak! ??????????? #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ? original sound – Remaja

Menerusi sesi temu bual tersebut, Balqish atau lebih mesra disapa Aqish menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana ditawarkan untuk membawa watak dan karakter yang lebih tua berbanding dengan usianya.

Tambah Aqish, meskipun dirinya tidaklah begitu tertekan seperti mana watak yang dibawa namun, watak-watak tersebut sangat sesuai dengan jiwanya.

Setiap lapisan umur lalui pelbagai perkara bahkan budak umur lima tahun juga melalui macam-macam dugaan. Pada saya, kita perlu rasai pengalaman dan dugaan yang dilalui oleh setiap peringkat umur.

Sejujurnya, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh bawa watak yang berbeza seperti watak isteri orang, mak orang tapi saya okay sebab watak-watak yang berat itu sesuai dengan jiwa saya.

Ia sangat sesuai walaupun diri saya yang sebenar tidaklah tertekan seperti mana watak-watak yang saya bawa itu.

Ketika ditanya mengenai tentang kecaman, pelakon berusia 16 tahun ini berpendapat kecaman merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap individu.

Kecaman akan datang pada kita tanpa mengira apa yang kita lakukan. Kita diam atau bersuara sekalipun kecaman tetap akan ada.

Saya tak akan hipokrit dengan mengatakan yang saya akan mendoakan yang terbaik buat para ‘haters’. Pada saya mereka nak kecam, teruskan.

Yang penting untuk saya jaga ialah para peminat saya yang sentiasa sayang dan berikan sokongan kepada saya. Itu sahaja motivasi yang saya perlukan untuk teruskan kerjaya saya.

Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan apa yang menariknya ialah, netizen begitu teruja mendengar loghat British oleh pelakon muda berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyamakan loghat Aqish dengan pelakon kacukan Zahirah Macwilson dan berharap dapat melihat mereka bergandingan dalam satu drama atau filem satu hari nanti.

Komen netizen

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×